Sambutan Kemerdekaan ke 52

Murid- murid mengibarkan bendera dan sepanduk kemerdekaan.

Perarakan kemerdekaan peringkat sekolah.

Bersemangat membawa bendera kemegahan negara.

Kemerdekaan kali yang ke 52 disambut seluruh warga SkNanga Entalau.




Murid- murid bersemangat dalam menyambut kemerdekaan Malaysia kali ke 52.

Sambutan kemerdekaan kali yang ke 52 peringkat sekolah berjalan dengan meriah dan penuh dengan rasa sayangkan negara. Sambutan pada tahun ini sungguh bererti bagi seluruh warga Sk Nanga Entalau.

Kakitangan Sk Nanga Entalau 2010

Kakitangan Sk Nanga Entalau 2010

En. Joseph Suat ak. Mara

Guru Besar


En. Joe Belulok

Penolong Kanan-1


En. Peri bin Jamli

Penolong Kanan HEM


En. Mohd Nazrin Ikmal bin Abdullah

Penolong Kanan KK


En. Ahmad Tarmizi bin Razali

Guru Akademik Biasa


En. Morris ak. Darop

Guru Akademik Biasa


Pn. Serani ak Bau

Guru Akademik Biasa


En. Rudy ak. Peter Daun

Guru Akademik Biasa


En. Danny ak. Lani

Guru Akademik Biasa


En. Mohd Nizzam bin Huridi

Guru Akademik Biasa


Pn. Eileen Hansel Malambut

Guru Akademik Biasa


Cik. Gwendoline Umi Sumang ak. Pega

Guru Akademik Biasa


En. James Pilly ak. Entau

Penyelia Asrama


En. Ramos Carlos ak. Yambang, Pembantu Tadbir


Cik. Hatiah bt Aban,

Pembantu Pengurusan Murid


Pn. Khaslinda bt Mohamad, Pembantu Pengurusan Murid


Cik. Mary Layha ak. Pomen, Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah


Pn. Nurul Shazlina bt Abdullah, Pembantu Tadbir Rendah


Pn. Lanjap ak Ubu,

Pembantu Tadbir Rendah


Kakitangan Sk Nanga Entalau pada tahun 2010 adalah seramai 19 orang. Guru yang berkhidmat seramai 12 orang dan staf sokongan seramai 7 orang. Kakitangan Sk Nanga Entalau terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Iban, Bidayuh dan Kadazan.



Hari Keluarga

Ucapan pembukaan Hari Keluarga daripada Guru Besar.

cikgu Nizzam menunjukkan bakat dalam nyanyian.
Apalah yang diguraukan tu .....

Bilalah boleh makan ni...


Selamat menjamu selera...


Bakat dalam bidang tarian poco- poco semakin menyerlah.

Hari Keluarga

Hari keluarga untuk pertama kalinya dalam tahun 2010. Hari keluarga untuk kali ini sungguh meriah kerana kehadiran guru- guru baru yang bertugas di sini. Antara guru- guru tersebut ialah PK-KK iaitu cikgu Nazrin, guru akademik iaitu cikgu Nizzam, cikgu Danny dan cikgu Gwen. Pihak sekolah sungguh berbesar hati dengan kedatangan mereka.

Latihan Kebakaran

Murid- murid lelaki bergegas keluar dari asrama apabila mendengar bunyi isyarat kebakaran.

Murid- murid berlari ke arah tapak perhimpunan.

Murid- murid berkumpul dan mendengar takliumat daripada PK HEM.


Ketua asrama memberi sedikit maklumat mengenai latihan kebakaran ini.

Latihan Kebakaran

Latihan kebakaran ini adalah salah satu aktiviti wajib Sk Nanga Entalau. Ia bertujuan untuk memberi latihan kepada murid- murid mengenai kebakaran iaitu apa yang sepatutnya mereka buat apabila terjadi kebakaran.

Majlis Anugerah Cemerlang

Gaya- gaya seorang pemimpin.

Selamat datang kepada penghulu Chaong.





Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah

Majlis Anugerah Cemerlang sekolah telah berjalan dengan lancar. Selain penyampaian hadiah kepada murid- murid, majlis juga diserikan dengan persembahan murid- murid iaitu persembahan lakonan, tarian agogo, tarian zapin dan membaca sajak. Murid- murid begitu bersemangat dalam menunjukkan bakat mereka. Majlis ini juga adalah majlis terakhir buat penolong kanan HEM iaitu cikgu Mahmud, cikgu Diana, cikgu Akmaliah dan PPM iaitu Pn. Rubiah. Sekolah mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas segala usaha mereka dalam membangunkan sekolah.

Gotong- royong


Aktiviti gotong- royong adalah salah satu aktiviti yang sentiasa dijalankan di SkNanga Entalau. Dengan adanya aktiviti seperti ini, sikap tolong- menolong dan kerjasama dapat di wujudkan antara kakitangan sekolah dengan ibu bapa.


Macam-macam ragam semasa aktiviti ini dijalankan. Hubungan yang erat antara warga sekolah dapat diwujudkan melalui aktiviti sebegini. Biarpun hujan mencurah ke bumi tetap cekal dalam menyiapkan kerja mereka.

Hari Keluarga

Poss….cikgu2

Pelajar- pelajar menunggu masa untuk menjamu selera...



Sk Nanga Entalau mengutamakan sikap toleransi, tolong-menolong, hubungan komuniti yang baik dalam mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan warganya. Hari keluarga salah satu usaha untuk mengukuhkan lagi pertalian antara staf sekolah dan masyarakat setempat. Hari keluarga ini akan diadakan pada setiap 2 bulan sekali.

Kemeriahan hari keluarga di Sk Nanga Entalau menjadi kenangan manis bagi semua warga sekolah. Apa yang penting adalah kerjasama antara warga sekolah menjadi agenda utama dalam majlis-majlis yang diadakan.

BERSATU MENUJU KECEMERLANGAN



Sukan Tahunan (Mei 2009)


Fuu…panas betul masa hari sukan tu. Semua dah keletihan..nasib baik ada Undo yang sanggup berpanas menunggu acara lompat tinggi selesai, yang lain telah mencari tempat berteduh… :-)


Bekerja keras semua staf-staf..dari pagi ke petang



Acara padang yang dipertandingkan pada hari pertama..semua murid diwajibkan menyertai sekurangan 1 acara supaya pihak sekolah dapat mengenal bakat-bakat baru dalam acara sukan.

Mercu Sk Nanga Entalau


Ikan semah atau ikan kelah ini adalah mercu tanda Sk Nanga Entalau. Ia dibina pada tahun 2008 iaitu hasil daripada kerjasama semua staf sekolah.

Lagu Sekolah

BERSATU MENUJU KECEMERLANGAN

Bukit lurah sungaiku redah

Untuk memulakan langkah

Menuju ke sekolah

Nanga Entalau yang indah

Segar dan ceria terasa

Membaca, menulis, mengira

Bermain bersama-sama

Kawan riang dan gembira

C/O Bersatulah kita

Menuju kecemerlangan

Agar kita tak ketinggalan

Bekalan masa hadapan

Ayuhlah wahai kawan-kawan

Kita bersatu tenaga

Bersama meninggikan nama

Nanga Entalauku cinta

Hasil Ciptaan : En. Mahmud Hasim

PK HEM

SK Nanga Entalau,

Lubok Antu.

Logo Sekolah


WARNA

BIRU - Melambangkan pemupukan nilai-nilai murni dan kasih sayang dalam

menjadikan suasana dan persekitaran sekolah yang konduksif.

KUNING – Melambangkan sifat murid yang berkualiti dan berperibadi mulia.

MERAH – Melambangkan semangat keazaman dan keberanian menangkis

segala cabaran demi mencapai kecermelangan kearah

kesempurnaan hidup.

HITAM – Melambangkan kesepakatan satu matlamat warga sekolah yang

ingindicapai iaitu ke arah kecemerlangan.

PUTIH – Melambangkan kebersihan menjadi amalan dalam kalangan warga

sekolah dari segi fizikal dan mental.

IKON

TOPI SARJANA – Cita-cita tinggi ke arah kecemerlangan akademik sebagai kemuncak tradisi keilmuan.

OBOR - Semangat, iltizam, dan kegigihan menimba ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

PENSIL - Ilmu yang diperolehi diamalkan dan digunakan untuk kemajuan diri, masyarakat, agama,

bangsa, dan Negara.

BUKU - Penerapan budaya ilmu dan budaya membaca demi meningkatkan potensi dan kualiti peribadi

bangsa.

HATI - Nilai kasih sayang akan diri, keluarga, sekolah, agama, bangsa dan negara.

TANGKAI PADI - Pekerjaan masyarakat setempat sebagai petani dan lapan tangkai merujuk kepada murid-murid

berasal dari lapan buah rumah panjang sekitar Ulu Skrang.

Slogan, Motto, Misi dan Visi

Slogan Sekolah
Bersatu Menuju Kecemerlangan

Motto Sekolah

Menawan Puncak

Misi Sekolah

Kami warga SK Nanga Entalau, komited memastikan kurikulum

dan kokurikulum cemerlang, sahsiah dan displin terpuji dan

persekitaran kondusif berteraskan pengurusan dan pentadbiran

yang telus dibantu hubungan komuniti yang erat

Visi Sekolah

SK NANGA ENTALAU, Cemerlang dalam aspek kurikulum,

kokurikulum dan sahsiah pada 2010

Sejarah Sk Nanga Entalau


Sekolah Kebangsaan Nanga Entalau, Skrang diasaskan oleh seorang Ketua Masyarakat Ulu Skrang yang bernama Penghulu Narok ak Penghulu Bakar pada tahun 1960. Penghulu Narok menjadi Penghulu meawarisi bapanya Penghulu Bakar. Sebelum tahun 1960 Ulu Skrang tidak mempunyai sekolah. Beliau seorang pemimpin masyarakat dan salah seorang kaunselor yang paling lama berkhidmat dengan Majlis Daerah Simanggang (Sri Aman).Beliau adalah seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan tahu tentang pentingnya pelajaran dalam mengubah kehidupan rakyat. Lahir dari kesedaran itu, beliau telah bertemu dengan Tuan Residan Encik Richard di Simanggang (Sri Aman) untuk memohon menubuhkan sebuah sekolah di kawasan Ulu Skrang, di mana kawasan ini belum lagi mempunyai sekolah sehingga tahun 1960.

Tuan Residen Encik Richard bersetuju dengan cadangan dan pandangan Penghulu Narok. Pada tahun itu juga permohonan beliau dipertimbangkan dan diluluskan. Lokasi yang difikirkan strategik ialah Nanga Tebat kurang lebih 20 minit menaiki bot dari Pangkalan Murat. Malangnya penduduk di situ menolak dan enggan memberi tapak untuk pembinaan sekolah.

Peghulu Narok tidak berputus asa dan tidak mahu rancangan beliau tergendala. Akhirnya selepas perbincangan beliau dengan Tuai Rumah Salleh ketua kampung Entalau serta seluruh penduduk rumah panjang Entalau maka satu persetujuan telah dicapai dan mereka bersetuju memberi tapak untuk mendirikan sekolah di kawasan Nanga Entalau. Tapak yang dipersetujui ialah Lot.3 Blok 16 Keranggas yang berkeluasan 2.85 ekar.

Bangunan sekolah pada mulanya, didirikan secara gotong-royong. Bangunan sementara itu siap dibina pada penghujung tahun 1960. Ia dinamakan sebagai Nanga Entalau Government Secondary School. Pada 01.01.1961, sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya. Ambilan yang pertama seramai 23 orang pelajar dengan seorang guru iaitu Encik James Renggie. Beliau sekaligus menjadi Guru Besar yang pertama. Pada penghujung tahun 1963 barulah pihak council mendirikann sebuah bangunan yang mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah rumah guru yang mengandungi 2 bilik. Perkembangan sekolah dari segi kemudahan fizikal, bilangan murid dan bilangan staf semakin bertambah dari semasa ke semasa di bawah pengurusan guru besar- guru besar yang telah berkhidmat di sekolah ini.

Pada 21.01.2000 telah berlaku satu banjir besar di kawasan Ulu Skrang dan menyebabkan banyak rumah panjang yang berada di tebing sungai Skrang mengalami kerosakkan. Sk Nanga Entalau juga tidak terlepas daripada bencana banjir besar ini dan telah menyebabkan beberapa buah bangunan sekolah rosak teruk. Ekoran daripada kejadian banjir tersebut, SK Nanga Entalau telah mengalami perubahan dari segi infrastrukturnya iaitu beberapa buah bangunan terpaksa diubahsuai kedudukan dan juga terpaksa dirobohkan.


Semenjak kedatangan Guru Besar En. Joseph Suat Mara pada akhir tahun 2005, Sk Nanga Entalau telah mengalami banyak perubahan sama ada dari segi pencapaian akademik, pengurusan dan fizikal sekolah. Pada sesi persekolahan 2007, kelas pra sekolah telah mula beroperasi dengan jumlah murid seramai 10 orang. Pada pertengahan tahun 2007, sekali lagi bumi Sk Nanga Entalau telah mengalami perubahan yang amat ketara dari segi bentuk muka buminya. Hal ini kerana, hasil budi bicara dan permuafakatan pihak sekolah dengan pihak kontaraktor yang meratakan bukit untuk pembinaan rumah panjang Nanga Entalau, pihak tersebut telah bersetuju untuk melakukan beberapa kerja pengubahsuaian bentuk muka bumi kawasan sekolah secara percuma. Hasilnya beberapa kawasan sekolah telah diratakan terutama kawasan padang dan dua cerun di kawasan sekolah telah ditimbus dengan tanah dan dijadikan kawasan lapang untuk sebarang projek pembangunan pada masa akan datang. Dalam tahun 2007 juga Sk Nanga Entalau telah menerima sebuah bangunan kelas yang menempatkan kelas Tahun 4 dan bilik Pusat Sumber.

LATARBELAKANG PENGASAS SEKOLAH PENGHULU NAROK AK BAKAR

Penghulu Bakar ialah anak saudara Penghulu Lang Labang dari Ulu Skrang. Setelah sekian lama menjadi penghulu, beliau diganti oleh anaknya Penghulu Narok pada bulan September 1953, ketika itu beliau baru berusia 42 tahun. Penghulu Narok dilahirkann pada tahun 1911. Penghulu Bakar dan Penghulu Narok merupakan pemimpin yang berwibawa dan mempunyai keperibadian yang baik. Penghulu Narok telah mengetuai rombongan menyerang Jepun di Engkelili sebelum berakhirnya penjajahan Jepun di Sarawak.