Sekolah Kebangsaan Nanga Entalau, Skrang diasaskan oleh seorang Ketua Masyarakat Ulu Skrang yang bernama Penghulu Narok ak Penghulu Bakar pada tahun 1960. Penghulu Narok menjadi Penghulu meawarisi bapanya Penghulu Bakar. Sebelum tahun 1960 Ulu Skrang tidak mempunyai sekolah. Beliau seorang pemimpin masyarakat dan salah seorang kaunselor yang paling lama berkhidmat dengan Majlis Daerah Simanggang (Sri Aman).Beliau adalah seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan tahu tentang pentingnya pelajaran dalam mengubah kehidupan rakyat. Lahir dari kesedaran itu, beliau telah bertemu dengan Tuan Residan Encik Richard di Simanggang (Sri Aman) untuk memohon menubuhkan sebuah sekolah di kawasan Ulu Skrang, di mana kawasan ini belum lagi mempunyai sekolah sehingga tahun 1960.
Tuan Residen Encik Richard bersetuju dengan cadangan dan pandangan Penghulu Narok. Pada tahun itu juga permohonan beliau dipertimbangkan dan diluluskan. Lokasi yang difikirkan strategik ialah Nanga Tebat kurang lebih 20 minit menaiki bot dari Pangkalan Murat. Malangnya penduduk di situ menolak dan enggan memberi tapak untuk pembinaan sekolah.
Peghulu Narok tidak berputus asa dan tidak mahu rancangan beliau tergendala. Akhirnya selepas perbincangan beliau dengan Tuai Rumah Salleh ketua kampung Entalau serta seluruh penduduk rumah panjang Entalau maka satu persetujuan telah dicapai dan mereka bersetuju memberi tapak untuk mendirikan sekolah di kawasan Nanga Entalau. Tapak yang dipersetujui ialah Lot.3 Blok 16 Keranggas yang berkeluasan 2.85 ekar.
Bangunan sekolah pada mulanya, didirikan secara gotong-royong. Bangunan sementara itu siap dibina pada penghujung tahun 1960. Ia dinamakan sebagai
Pada 21.01.2000 telah berlaku satu banjir besar di kawasan Ulu Skrang dan menyebabkan banyak rumah panjang yang berada di tebing sungai Skrang mengalami kerosakkan. Sk Nanga Entalau juga tidak terlepas daripada bencana banjir besar ini dan telah menyebabkan beberapa buah bangunan sekolah rosak teruk. Ekoran daripada kejadian banjir tersebut, SK Nanga Entalau telah mengalami perubahan dari segi infrastrukturnya iaitu beberapa buah bangunan terpaksa diubahsuai kedudukan dan juga terpaksa dirobohkan.
Semenjak kedatangan Guru Besar En. Joseph Suat Mara pada akhir tahun 2005, Sk Nanga Entalau telah mengalami banyak perubahan sama ada dari segi pencapaian akademik, pengurusan dan fizikal sekolah. Pada sesi persekolahan 2007, kelas pra sekolah telah mula beroperasi dengan jumlah murid seramai 10 orang. Pada pertengahan tahun 2007, sekali lagi bumi Sk Nanga Entalau telah mengalami perubahan yang amat ketara dari segi bentuk muka buminya. Hal ini kerana, hasil budi bicara dan permuafakatan pihak sekolah dengan pihak kontaraktor yang meratakan bukit untuk pembinaan rumah panjang Nanga Entalau, pihak tersebut telah bersetuju untuk melakukan beberapa kerja pengubahsuaian bentuk muka bumi kawasan sekolah secara percuma. Hasilnya beberapa kawasan sekolah telah diratakan terutama kawasan padang dan dua cerun di kawasan sekolah telah ditimbus dengan tanah dan dijadikan kawasan lapang untuk sebarang projek pembangunan pada masa akan datang. Dalam tahun 2007 juga Sk Nanga Entalau telah menerima sebuah bangunan kelas yang menempatkan kelas Tahun 4 dan bilik Pusat Sumber.
LATARBELAKANG PENGASAS SEKOLAH PENGHULU NAROK AK BAKAR
Penghulu Bakar ialah anak saudara Penghulu Lang Labang dari Ulu Skrang. Setelah sekian lama menjadi penghulu, beliau diganti oleh anaknya Penghulu Narok pada bulan September 1953, ketika itu beliau baru berusia 42 tahun. Penghulu Narok dilahirkann pada tahun 1911. Penghulu Bakar dan Penghulu Narok merupakan pemimpin yang berwibawa dan mempunyai keperibadian yang baik. Penghulu Narok telah mengetuai rombongan menyerang Jepun di Engkelili sebelum berakhirnya penjajahan Jepun di Sarawak.
No comments:
Post a Comment